AS gusar Korea Utara hantar tentera ke Russia - Utusan Malaysia

AS gusar Korea Utara hantar tentera ke Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) menyifatkan penghantaran tentera oleh Korea Utara (DPRK) bagi menyokong Russia dalam perang di Ukraine merupakan satu perkembangan yang berbahaya. 

Duta Besar Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Robert Wood berkata, pihaknya menerima laporan DPRK telah menghantar pasukan dan sedang bersiap sedia untuk menghantar lebih ramai lagi tentera ke Ukraine untuk berperang bersama Rusia. 

“Jika benar, ini adalah satu perkembangan yang berbahaya dan amat membimbangkan serta menunjukkan hubungan ketenteraan antara DPRK dan Russia semakin mendalam,” katanya kepada Majlis Keselamatan PBB.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wood berkata, AS sedang berunding dengan sekutunya berhubung implikasi daripada tindakan drastik ini.

Jumaat lalu, Agensi Perisikan Korea Selatan melaporkan Korea Utara telah membuat keputusan untuk menghantar penempatan tentera berskala besar bagi menyokong perang Russia di Ukraine, dengan 1,500 pasukan khas berada di timur jauh Russia dan menjalani latihan.

Agensi itu menganggarkan Korea Utara mungkin menghantar kira-kira 12,000 tentera secara keseluruhannya. 

Timbalan Jurucakap Utama, Jabatan Negara AS, Vedant Patel berkata, pihaknya belum dapat mengesahkan laporan tersebut dan kebenarannya.

Duta Besar Perancis ke PBB, Nicolas de Riviere turut memberitahu Majlis Keselamatan PBB penghantaran tentera Korea Utara akan dianggap sebagai satu peningkatan ketegangan yang lebih serius.

Tambah beliau, sokongan Korea Utara yang semakin meningkat terhadap usaha perang Russia adalah sangat membimbangkan.

Sebelum ini, AS dan sekutunya menyuarakan kebimbangan mengenai Korea Utara yang membekalkan senjata kepada Russia, yang memulakan pencerobohan terhadap Ukraine sejak Februari 2022. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini