GP Malaysia: Dua pelumba tempatan dapat wildcard 

GP Malaysia: Dua pelumba tempatan dapat wildcard 

Azhan Shafriman Hanif
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Dua pelumba tempatan akan mendapat peluang berlumba di Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2024 pada 1-3 November ini menerusi wildcard.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas, Azhan Shafriman Hanif berkata, syarikat korporat yang akan menaja mereka akan mengumumkan sendiri pelumba yang akan beraksi di Sepang kelak.

“Siapa yang akan menduduki tempat tersebut, saya memang tidak ada maklumat mengenainya, tetapi pelumba berkenaan dijangka bersaing sama ada dalam kategori Moto3 atau Moto2.

“Saya difahamkan pengumuman itu akan dibuat sekitar minggu depan atau minggu satu lagi, tetapi, pelumba dari SIC memang tidak ada,” katanya pada sidang media Kerjasama Strategik SIC Petronas dan Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 di sini, semalam.

Tahun lalu, dua pelumba yang diberi tiket wildcard adalah Helmi Azman dan Azroy Hakeem Anuar yang bersaing dalam kelas Moto2 bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda Team.

Mengulas pula mengenai perkembangan penjualan tiket GP Malaysia, Azhan Shafriman memberitahu, setakat ini, sekitar 70 hingga 80 peratus tiket telah terjual dan tempat duduk Tribune Marc Marquez telahpun habis dijual.

“Tiket di Main Grandstand, K1 dan F juga telah terjual dengan cepat, selain itu, tiket paling murah RM49.90 masih kita buka kepada orang ramai,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×