NASA lancar misi siasat ‘makhluk asing’ di bulan Musytari

NASA lancar misi siasat ‘makhluk asing’ di bulan Musytari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronatik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melancarkan misi menyiasat dunia lautan di persekitaran sistem suria yang berpotensi untuk didiami.

Kapal angkasa, Europa Clipper yang direka untuk meneroka bulan Europa dalam orbit mengelilingi Musytari itu dilancarkan di atas roket SpaceX Falcon Heavy dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida.

Pelancaran kapal angkasa terbesar yang menelan belanja AS$5.2 billion (RM22.41 bilion) itu awalnya dijadualkan pada 10 Oktober lalu, tetapi ditangguhkan akibat Taufan Milton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kapal angkasa itu dilaporkan sudah berjaya memasuki orbit dan NASA mengesahkan menerima isyarat komunikasi daripada Europa Clipper kira-kira satu jam 10 minit selepas pelancaran.

Europa Clipper akan berfungsi sebagai kapal angkasa pertama NASA yang didedikasikan untuk mengkaji sama ada bulan itu mempunyai ‘ramuan penting’ untuk hidupan wujud dan boleh didiami sepanjang hayatnya.

“Semua disiplin saintifik benar-benar boleh mendapat sesuatu daripada misi ini dan ia akan mengubah pemahaman tentang tempat kita di alam semesta, jika bulan ini adalah dunia yang boleh menyokong kehidupan,” kata Jurutera Sistem Makmal Jet NASA, Jenny Kampmeier.

Kapal angkasa itu membawa sembilan instrumen dan eksperimen graviti untuk menyiasat lautan di bawah cengkerang ais tebal Europa yang dianggarkan mengandungi dua kali lebih banyak air berbanding bumi.

Kapal angkasa itu juga turut membawa lebih 2.6 juta nama yang diserahkan peminat sains dari seluruh dunia dan puisi oleh Penyair AS, Ada Limón.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini