Tubuh langsing dengan Emsculpt Neo - Utusan Malaysia

Tubuh langsing dengan Emsculpt Neo

Magdalene Yan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rawatan penyingkiran lemak, tetapi berupaya membentuk otot, Emsculpt NEO antara kaedah pelangsingan kian digemari bagi individu yang tidak mahu melalui kesukaran mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Pengasas pusat kecantikan dan kesihatan Skin Fairy Therapeutics, Magdalene Yan berkata manakan tidak, dengan hanya berbaring, kira-kira 30 minit, rawatan tenaga elektromagnetik berfokus intensiti tinggi itu berupaya merangsang frekuensi tinggi dan pengecutan otot yang kuat pada akar saraf.

“Mesin itu adalah yang pertama menggabungkan dua prosedur kontur badan di mana ia bertindak sebagai penyingkiran lemak pada masa sama menguatkan otot, di dalam satu rawatan tanpa pembedahan,” katanya ketika ditemui pada sesi rawatan di Skin Fairy Therapeutics, baru-baru ini.

Rawatan pelangsingan yang mampu membina otot.

Setiap satu sesi rawatan Emsculpt NEO selama 30 minit dapat mencetuskan sekitar 20,000 kontraksi otot. Ia seolah-olah anda melakukan 20,000 latih tubi.

Magdalene berkata, tenaga elektromagnetik berfokus intensiti tinggi berperanan sebagai penekanan otot didasarkan pada teknologi terkenal.

“Gabungan serentak kedua-dua prosedur ini dapat menjimatkan masa, sesuai buat individu aktif yang sibuk. Malah Ia sesuai untuk lelaki dan wanita.

“Proses ini terbukti secara klinikal dengan hasil yang optimum, sekiranya sesi dilakukan secara konsisten,” katanya.
Rawatan berkenaan menghasilkan peningkatan 25 peratus dalam jisim otot dan penurunan 30 peratus lemak di antara 40 daripada 48 orang yang menjalani rawatan selama tiga bulan.

KESIHATAN
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dari Curtin University ini memberitahu beliau terdorong memperkenalkan rawatan itu di pusat kecantikannnya berikutan pernah berdepan dengan penyakit

Hashimoto, iaitu suatu kelainan autoimun yang memengaruhi kelenjar tiroid pada usianya 27 tahun.

Masalah itu menyebabkan badannya menjadi gempal dan masalah keguguran rambut yang sangat teruk.

“Saya juga berdepan masalah pencernaan dan badan mudah sejuk. Ia mendorong saya lebih kuat makan, maka hasilnya saya berdepan masalah obesiti.

“Saya melalui banyak rawatan untuk memastikan tubuh badan saya kembali normal, tetapi gagal. Sebut sahaja rawatan yang bagaimana, semua sudah saya cuba tetapi hampa,” katanya.

Rentetan itu, selepas menemui Emsculpt NEO, dan menyukainya, beliau terpanggil untuk membangunkan pusat kecantikan Skin Fairy Therapeutics.

“Selepas melalui enam sesi, sedikit demi sedikit tubuh saya kembali langsing. Ia turut melonjak semangat dan motivasi saya untuk lebih menjaga kesihatan tubuh badan secara keseluruhannya.

“Justeru saya mahu memastikan wanita lain yang berdepan masalah obesiti turut mendapat manfaat daripada rawatan ini,” katanya.

Selain rawatan pelangsingan badan, pusat berkenaan turut menawarkan rawatan kecantikan wajah menggunakan peralatan elektronik yang tidak menyakitkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×