Ratusan wanita anjur protes di Turkiye - Utusan Malaysia

Ratusan wanita anjur protes di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Ratusan wanita mengadakan bantahan di Turkiye bagi menentang gelombang pembunuhan golongan wanita di negara itu. 

Perhimpunan baharu itu merupakan tindak balas terhadap kes pembunuhan berganda di Istanbul, baru-baru ini. 

Ratusan peserta di Istanbul dilihat melaungkan slogan mengecam Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dan parti AKP. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anda adalah Kerajaan yang membenarkan gadis muda dibunuh,” jerit seorang penganjur perhimpunan itu, Gunes Fadime Aksahin kepada orang ramai. 

Ibu kepada seorang mangsa wanita yang dibunuh, Gulizar Sezer turut berucap semasa perhimpunan itu. 

Mayat anak perempuannya ditemukan pada Jun lalu, selepas dibuang ke laut dengan balutan permaidani.

Protes lain turut berlangsung di ibu negara, Ankara dan bandar utama di Izmie, berdasarkan gambar yang disiarkan oleh Persekutuan Hak Wanita.

Terdapat bantahan serupa setiap hari selama seminggu di seluruh negara, terutamanya di kampus universiti. 

Recep Tayyip yang pada mulanya menyalahkan pengambilan alkohol dan media sosial, berjanji untuk memperkukuh sistem keadilan dan membanters jenayah dengan lebih tegas. 

Turkiye bergelut untuk membendung gelombang pembunuhan golongan wanita. 

Sebuah Kumpulan Pemantau mengatakan terdapat 299 pembunuhan wanita tahun ini di negara yang dihuni oleh 85 juta orang.

Lebih 160 kes pembunuhan secara rasmi dikelaskan sebagai bunuh diri atau kemalangan. 

Pada 2021, Turkiye menarik diri daripada Konvensyen Majlis Eropah mengenai mencegah keganasan terhadap wanita yang dikenali sebagai Konvensyen Istanbul. 

Ia mewajibkan pihak berkuasa negara untuk menyiasat dan menghukum keganasan terhadap wanita. -AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini