Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa – Fattah

Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa – Fattah

FATTAH AMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Fattah Amin tidak mampu menghalang bekas isterinya, Nur Fazura dari­pada terus melemparkan tuduhan kepada dirinya berhubung isu rumah tangga mereka.

Menurut Fattah, secara peri­badi, dia juga tertanya-tanya motif sebenar aktres terbabit membuat dakwaan curang serta tidak diberikan nafkah di saat dia memilih menutup mulut selama ini.

“Sebagaimana yang orang tengok, di sosial media pun saya mendiamkan diri. Saya tak rasa perkara seperti ini dikongsikan, dimainkan oleh pihak media.

“Ini adalah perkahwinan, sepatutnya dari awal lagi (kemelut dalaman) ini perlu diselesaikan antara suami isteri.

“Sampai sekarang kenapa melibatkan ramai pihak hingga jadi fitnah, berlegar-legar macam-macam cerita di sosial media.

“Tuduhan (curang) itu palsu, tiada isu curang, kalau nak terus­kan fitnah, tanggunglah dosa. Tindakan? Kita akan berbincang untuk menilai,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, semalam.

Menurut pelakon Pendekar Awang itu, dia sendiri enggan memainkan sentimen seumpama itu sekali gus berharap pihak berkaitan turut membuat tindakan yang sama.

“Saya tak main sentimen itu (tuduhan). Saya harap pihak di sana juga tidak memainkan benda seperti itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×