KESIHATAN penglihatan dalam kalangan kanakkanak merupakan aspek penting dalam tumbesaran mereka.
Penglihatan yang baik dapat membantu mereka untuk mengoptimumkan keupayaan dan kekal cergas.
Selain pemakanan, aspek pencahayaan di rumah juga memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan mata si kecil, apatah lagi ketika ini si kecil banyak terdedah kepada skrin di awal usia sama ada melalui penggunaan telefon, tablet atau televisyen.
Setiap aspek perlu diambilkira sebagai langkah pencegahan awal kepada masalah berkaitan mata.
Misalnya, ruang pencahayaan pada meja,belajar memandangkan kanakkanak banyak menghabiskan masa menelaah dan melakukan kerja sekolah di ruangan tersebut.
Jenama lampu, Signify berkongsi bahawa pencahayaan yang betul dengan reka bentuk ergonomik pada meja belajar, membantu mencegah ketegangan mata sekaligus menjadikan kanak-kanak lebih fokus ketika belajar.
Antara pencahayaan yang baik untuk meja belajar anakanak adalah menggunakan lampu meja boleh laras yang meminimumkan silau dan bayang-bayang.
REDUP DAN BOLEH LARAS
Ciri lampu yang baik ialah memiliki ciri peredupan dan boleh laras untuk arah cahaya yang tepat.
Sumber cahaya LED cekap tenaga menawarkan kriteria eye comfort, seperti bebas kelipan dan kurang silau untuk mengelakkan ketegangan mata.
Pilih suhu warna sesuai dengan tugasan, misalnya putih sejuk (4000K-5000K) untuk fokus dan putih hangat (2700K-3000K) untuk keselesaan dalam memberikan keseimbangan kualiti cahaya yang optimum.
Pertimbangkan juga untuk meletakkan meja belajar anak berdekatan dengan pencahayaan semula jadi.
Misalnya berdekatan tingkap atau pintu bagi membolehkan cahaya matahari menerangi kawasan berkenaan sekaligus boleh meminimakan penggunaan lampu.
Pencahayaan yang betul turut mempengaruhi kreativiti dan produktiviti.
Tahap kecerahan dan warna lampu adalah penting dalam memupuk persekitaran selesa yang menyokong pembelajaran dan permainan imaginatif.
Cahaya dengan kecerahan seimbang iaitu tidak terlalu malap atau terlalu terang, membantu mengekalkan fokus dan mengelakkan ketegangan mata.
KURANGKAN SILAU
Kalau orang dewasa tidak tahan dengan silau, apatah lagi si kecil.
Silau pencahayaan boleh dikurangkan dengan lekapan pencahayaan boleh laras.
Salah satu faktor utama dalam mengekalkan keselesaan mata yang optimum untuk kanakkanak semasa belajar ialah mengawal silau daripada lekapan lampu.
Silau boleh menyebabkan ketegangan mata dan ketidakselesaan, menghalang tumpuan dan pembelajaran.
Menangani perkara ini, pertimbangkan untuk menggunakan lampu boleh laras lekapan lampu dengan ciri eye comfort yang membolehkan anda mengarahkan cahaya ke tempat yang diperlukan sahaja.
Lekapan ini boleh membantu meresap cahaya yang terlalu terang, kurangkan silau pada skrin, buku dan permukaan lain.
Letakkan sumber cahaya pada kawasan diperlukan sahaja untuk mengelakkan pantulan terus ke mata, pastikan persekitaran belajar
terang dan selesa yang melindungi penglihatan anak.










