MZ Gold labur RM5 juta - Utusan Malaysia

MZ Gold labur RM5 juta

Murtadhatumizi Mustapha (tiga dari kanan) bersama ibu serta pekerjanya di hadapan Kedai Emas MZ Gold cawangan kedua di Kuala Krai semasa pembukaan, Sabtu lalu. – UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: MZ Gold melabur sebanyak RM5 juta bagi pembukaan kedai emas kedua di Kuala Krai, Sabtu lalu sekali gus mengukuhkan lagi empayar perniagaannya di wilayah selatan negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Murtadhatumizi Mustapha berkata, cawangan kedua MZ Gold di Kuala Krai itu dibuka berikutan mendapat permintaan hangat penduduk.

Katanya, ketika mula-mula membuka cawangan pertama di Kuala Krai dulu, syarikat mengambil risiko kerana tidak dapat mengagak potensi pasaran sebenar, namun bersyukur apabila mendapat sambutan luar biasa.

“Pada hari pertama pembukaan, MZ Gold berjaya membuat jualan lebih RM300,000 dan situasi itu menunjukkan penduduk kampung di Kuala Krai mempunyai wang simpanan banyak untuk membeli emas.

“Satu permulaan yang baik bagi syarikat kami dan MZ Gold akan sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan di Kuala Krai,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut beliau, pada Jun dan Julai depan, MZ Gold menyasarkan untuk membuka tiga lagi cawangan iaitu di Kuala Terengganu, Kuantan serta Shah Alam dan kerja-kerja pengubahsuaian premis di tiga lokasi itu sedang rancak berjalan.

Sementara itu, Murtadhatumizi berkata, MZ Gold kini masih lagi dalam tempoh promosi harga emas murah serendah RM3 hingga RM4 satu gram mengikut harga pasaran semasa.

Tambahnya, bagi harga emas tukar beli pula harganya tertinggi di pasaran bermula RM2 hingga RM3 satu gram.

“MZ Gold sentiasa mengetengahkan prinsip menawarkan harga emas bersesuaian dan mampu dimiliki semua golongan masyarakat,” katanya.

Kedai emas pertama MZ Gold mula beroperasi pada September 2020 terletak di Jalan Temenggong di sini, dan terus berkembang pesat ke seluruh negeri hanya dalam tempoh tidak sampai setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×