Bandar kecil di Argentina dihantui masalah Burung Nuri

Bandar kecil di Argentina dihantui masalah burung nuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARGENTINA: Sebuah bandar kecil berhampiran pantai Atlantik di timur Argentina kini berdepan masalah yang luar biasa akibat serangan ribuan burung nuri hijau kuning merah.

Menurut Pakar Biologi, Daiana Lera, burung-burung ini menyerbu kawasan bandar akibat kemusnahan hutan di bukit-bukit berhampiran dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik di bandar tersebut apabila burung nuri menggigit kabel-kabel elektrik, sekaligus mengundang masalah kepada penduduk tempatan. 

“Bukit-bukit yang semakin hilang memaksa burung-burung ini mencari makanan, tempat berteduh, dan sumber air lebih dekat dengan bandar,” jelas Lera, yang menambah kawasan hutan di Argentina semakin terhakis saban tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, burung-burung nuri tersebut mula mencari perlindungan di bandar tersebut sepanjang musim luruh dan musim sejuk. 

Menurut penduduk tempatan, kadangkala terdapat sehingga 10 ekor burung bagi setiap seorang daripada 5,000 penduduk bandar itu. 

Ketika musim panas, burung-burung ini akan berhijrah ke tebing-tebing Patagonia untuk musim pembiakan.

Gambar-gambar yang tersebar menunjukkan ratusan burung nuri bertenggek di sepanjang kabel elektrik serta tiang-tiang, atau dilihat berkerumun dalam cahaya senja di atas bangunan dan gereja, persis adegan dalam filem klasik Alfred Hitchcock, ‘The Birds’ pada tahun 1963.

“Mereka menggigit dan merosakkan kabel. Apabila hujan, air akan memasuki kabel dan menyebabkan gangguan elektrik. Burung-burung ini memberikan beban kos dan masalah setiap hari kepada kami,” kata Ramón Alvarez, seorang wartawan tempatan dari Radio Taxi FM.

Penduduk tempatan mencuba pelbagai cara untuk mengusir burung-burung ini, seperti menggunakan bunyi bising dan lampu laser, namun semuanya gagal.

“Kita perlu mula memulihkan persekitaran semula jadi kita, namun, sebelum ia tercapai, kita perlu memikirkan strategi yang membolehkan kita hidup bersama dengan lebih harmoni di bandar-bandar kita.” Tambah Lera. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini