Hezbollah sahkan pertempuran darat pertama dengan Israel di Lubnan

Hezbollah sahkan pertempuran darat pertama dengan Israel di Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Hezbollah hari ini mengesahkan pejuangnya bertempur dengan pasukan infantri Israel yang cuba menyusup ke bandar Odaisseh di selatan Lubnan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata, pertempuran tersebut menyebabkan kerugian kepada pasukan Israel dan memaksa rejim berundur.

Ini merupakan pertempuran darat pertama antara Hezbollah dan tentera Israel sejak rejim memperluaskan operasi ketenteraan darat secara terhad di selatan Lubnan, semalam.

Sejak 23 September, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap sasaran Hezbollah di seluruh Lubnan, menyebabkan lebih 1,073 orang terbunuh dan 2,950 yang lain cedera.

Serangan itu turut mengorbankan beberapa pemimpin tertinggi Hezbollah, termasuk Setiausaha Agungnya, Hassan Nasrallah.

Hezbollah dan Israel terlibat dalam pertempuran rentas sempadan sejak permulaan perang di Gaza, yang sehingga kini mengorbankan lebih 41,600 rakyat Palestin.

Masyarakat antarabangsa memberi amaran serangan Israel yang meluas di Lubnan boleh meningkatkan konflik Gaza menjadi peperangan serantau.– ANADOLU

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN