22 pelajar, tiga guru maut bas sekolah terbakar di Thailand

22 pelajar, tiga guru maut bas sekolah terbakar di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seramai 22 pelajar dan tiga guru maut selepas bas yang mereka naiki ketika mengikuti lawatan sekolah terbakar di Pathum Thani.

Lapor Bangkok Post, 19 penumpang yang terselamat dikejarkan ke hospital Pat Rangsit dan beberapa pusat perubatan berhampiran dengan kebanyakannya melecur teruk di muka, mulut dan mata.

Bas itu dilaporkan membawa 38 murid sekolah rendah dan tadika serta enam guru dari Uthai Thani menyertai lawatan sambil belajar ke pameran Pihak Berkuasa Penjana Elektrik Thailand di Nonthaburi.

Bencana tragis itu bermula apabila tayar bas pecah di lebuh raya di pinggir bandar utara Bangkok sekitar pukul 12:30 tengah hari (waktu tempatan), menyebabkan kenderaan itu merempuh penghadang dan terbakar.

Rakaman video dari lokasi menunjukkan api marak membakar bas terbabit di bawah jejambat, dengan kepulan asap hitam tebal menjulang ke langit.

Kebakaran itu sudah dipadamkan tetapi pekerja penyelamat terpaksa menunggu bas berkenaan sejuk sebelum memulakan pencarian mayat mangsa yang kebanyakannya rentung hingga sukar untuk dikenal pasti.

Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mengumumkan pihak kerajaan akan menanggung kos perubatan mereka yang cedera termasuk membayar pampasan kepada keluarga guru serta pelajar yang meninggal dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×