BERLIN: Jerman memutuskan untuk mengurangkan kakitangan diplomatiknya di Israel, Palestin dan Lubnan susulan peningkatan ketegangan di rantau itu.
Agensi berita Jerman, DPA melaporkan, pasukan penyelaras krisis kerajaan bersetuju untuk mengurangkan kakitangan di kedutaan di Beirut dan Tel Aviv, termasuk wakil diplomatik di Ramallah disebabkan keadaan keselamatan yang tidak menentu.
Keluarga kakitangan diplomatik di Israel, Palestin dan Lubnan diarahkan pulang ke Jerman atau berpindah ke tempat lain yang selamat.
Ketegangan antara Israel dan Hezbollah memuncak sejak Sabtu selepas rejim melancarkan serangan terbaharu yang membunuh pemimpin kanan, Hassan Nasrallah dan komander tertinggi kumpulan itu.
Nasrallah, yang mengetuai Hezbollah selama lebih tiga dekad, merupakan sasaran paling berpengaruh yang dibunuh Israel sepanjang beberapa minggu pertempuran sengit itu.
Kematian Nasrallah menandakan detik penting dalam konflik berterusan antara Hezbollah dan Israel.– ANADOLU







