Ibu bapa cari ilmu, cakna isu antun seksual

Ibu bapa cari ilmu, cakna isu antun seksual

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KES penderaan mental dan fizikal dalam kalangan kanak-kanak isu serius yang perlu kita tangani bersama.

Malangnya ada segelintir ibu bapa yang seolah-olah tidak cakna dengan hal ini.

Biarpun anak-anak tanggungjawab bersama antara ibu dan ayah tetapi yang si ibulah perlu lebih sensitif dengan perubahan berlaku dalam kalangan anak-anak mereka.

Contohnya mengenai anak yang sering dibuli kawan-kawan sekolahnya. Ibu yang prihatin boleh membaca perubahan anaknya.

Tidak kira budak lelaki mahupun perempuan, bawalah anak bercakap mengenai perubahan sikapnya. Kalau ada komunikasi berkesan, anak anak jarang sekali berselindung dengan ibu bapa, khususnya dengan ibu.

Kalau hubungan itu akrab, pastinya tanpa ditanya mereka bercerita sendiri. Itulah uniknya sifat keibuan.

Seorang rakan pernah bercerita kepada saya yang anaknya yang berusia 12 tahun tidak minat lagi ke kelas tambahan.

Puncanya sebab guru tuisyen suka menghantar gambar bukan-bukan kepada anaknya.

Dalam salah satu pesanan yang diterima anaknya ialah mengenai ajakan menonton wayang berdua dan berjalan-jalan ke taman permainan.

Kawan saya itu menjelaskan kepada anaknya yang perbuatan berkenaan adalah tidak sesuai walaupun guru tuisyennya itu mendakwa ia adalah sesuatu yang biasa.

Sekarang ini kegiatan sexual grooming atau antun seksual terhadap kanak-kanak antara yang banyak diperkatakan. Ia kian meningkat melalui internet dan media sosial.

Aktiviti jenayah ini pada awalnya menjadikan si cilik sebagai rakan atau budak yang cantik, menarik dan disayangi.

Pelaku menyalahgunakan kedudukan, pangkat, kasih sayang dan wang ringgit untuk menjerat mangsa. Mangsa akan seronok bila segala permintaannya dipenuhi.

Pada peringkat akhirnya pelaku mengumpan mangsa untuk menjalinkan hubungan seksual.

Eksploitasi terhadap kanak kanak ini tidak akan membarah kalau ibu bapa peka dengan perkembangan semasa.

Ancaman antun seksual amat menakutkan. Ambillah tahu sedikit dengan cari maklumat. Janganlah berpeluk tubuh tunggu maklumat lalu depan mata.

Kata pepatah selalulah berwaspada, janganlah sampai nasi menjadi bubur.

Saya kira kempen kesedaran pun kena kerap diadakan.  Kita sebagai masyarakat kena tingkatkan kefahaman juga dan ambil tahu keadaan sekeliling.

Lebih penting lagi stigma dan mitos tidak tepat mengenai jenayah seksual membabitkan kanak-kanak mesti dihapuskan.

Beri sokongan kepada mangsa dan ahli keluarga mendedahkan salah laku seterusnya mendapatkan bantuan, bukannya menyorokkan cerita hanya atas rasa malu.

Malu biarlah bertempat. Kalau tidak, pelaku dapenjenayah ini akan terus bermaharajalela.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×