Daftar masuk hotel lewat, keluar cepat jejas pelancongan negara

Daftar masuk hotel lewat, keluar cepat jejas pelancongan negara

Isu daftar masuk hotel lewat tapi diminta keluar cepat boleh jejaskan pelancongan negara. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu pengusaha hotel menetapkan polisi daftar masuk lewat tetapi keluar awal boleh memberi impak buruk kepada sektor pelancongan negara di peringkat antarabangsa.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, bantahan atau ketidakpuasan hati pelanggan harus ditangani segera melalui saluran yang sesuai.

Bagaimanapun, beliau meng­­ambil kebimbangan dibangkitkan beberapa pelanggan tempatan, termasuk ancaman boikot selain maklum balas pihak berkepentingan untuk menilai implikasi dasar tersebut.

“Walaupun kepuasan pe­langgan amat penting, rak­yat Malaysia mesti sedar isu berkaitan industri pelancongan boleh memberi kesan meluas kepada reputasi antarabangsa negara.

“Penting untuk memba­wa perkara ini kepada pi­hak berkuasa dan persatuan berkaitan untuk memastikan ia diselesaikan melalui dialog yang membina, bukannya melalui tindakan yang membahaya­kan industri.

“Ini terutama sikap pengguna media sosial dalam mendapatkan penonton untuk platform media sosial mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Dalam pada itu, katanya, dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 semakin hampir, pihaknya tidak menjangka yang perubahan pada dasar daftar masuk dan daftar keluar akan menghalang pelancong antarabangsa dengan ketara.

Bagaimanapun, katanya, dasar itu harus dilaksana dengan telus dan disampaikan secara berkesan untuk mengelakkan kekeliruan dan ketidakpuasan hati orang ramai.

“Kami percaya kepada peraturan yang adil yang melindungi kepentingan pemilik hotel, pengendali, pekerja dan pe­langgan.

“Adalah penting untuk melihat melangkaui isu jangka pendek dan memberi tumpuan kepada kemampanan dan kejayaan jangka panjang industri hotel dan pelancongan.

“Saluran yang betul untuk komunikasi dan destinasi antarabangsa teratas serta menggesa kerajaan menyelesaikan ancaman industri hotel yang disuarakan beberapa tahun lalu,” katanya.

Sebelum ini, tular tindakan sesetengah hotel menetapkan waktu daftar masuk ke premis mereka bermula pukul 4 petang dan keluar pada pukul 11 pagi.

Tindakan itu mencetus perbincangan warga maya yang rata-ratanya rasa tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberi singkat.

MOTAC dalam kenyataan kelmarin memaklumkan sedang memantau isu pendaftaran masuk hotel di negara ini dan memberi perhatian serius supaya pemain industri terlibat memberi penjelasan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×