Pustaka bergerak masih ‘hidup’

Pustaka bergerak masih ‘hidup’

MURID-MURID sekolah mengunjungi perpustakaan bergerak disediakan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Kangar, semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Roslan Dohat, 54, yang sudah 25 tahun berkhidmat sebagai pemandu bas perpustakaan bergerak terus bersemangat menyelusuri segenap kampung di seluruh negeri ini di sebalik ramai yang sudah bera­lih kepada bahan bacaan digital.

Sepanjang tempoh berkhidmat, dia dapat melihat perubahan di mana orang singgah membaca dan meminjam buku di perpustakaan bergerak semakin kurang.

“Jika dahulu murid-murid sekolah menunggu ketibaan bas ke kampung-kampung, kini bas pula yang menunggu kanak-kanak ini untuk datang,” kata­nya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan sebanyak 348 perpustakaan ditutup dalam tempoh lima tahun.

Hal ini berlaku kerana perubahan pentadbiran, pemusatan perpustakaan dan penyatuan perpustakaan kecil selain faktor peralihan dunia ke arah digitalisasi.

Roslan yang merupakan ka­kitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis berkata, sambutan kurang memberangsangkan itu bukan bererti hilangnya budaya membaca tetapi kanak-kanak mungkin didedahkan dengan bacaan dalam talian oleh ibu bapa yang lebih mudah diakses.

Ujarnya, setiap Isnin hingga Jumaat dia bersama seorang pembantu perpustakaan singgah di tiga buah sekolah pada sebelah pagi manakala petang di kampung atau perumahan mengikut jadual.

“Sambutan di sebelah petang agak kurang kerana ramai pelajar mengikuti kelas al-Quran dan fardu ain (KAFA) serta kokurikulum di sekolah.

“Bagaimanapun, saya tetap setia menunggu hingga lewat petang kerana ada dalam kala­ngan pelajar yang perlu memulangkan buku pada tarikh ter­tentu.

“Anggaran buku dalam perpustakaan bergerak ini adalah sekitar 600 buah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini