Hezbollah tembak roket ke arah pejabat Mossad di Tel Aviv

Hezbollah tembak roket ke arah pejabat Mossad di Tel Aviv

TENTERA Israel menafikan serangan roket Hezbollah menjejaskan ibu pejabat Mossad.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Hezbollah menembak roket yang menyasarkan ibu pejabat agensi perisikan Israel, Mossad berhampiran Tel Aviv dalam serangannya hari ini.

Tentera Israel berkata, sebuah peluru berpandu dipintas oleh sistem pertahanan udara selepas ia dikesan melintasi dari Lubnan.

Siren amaran berbunyi di Tel Aviv, ibu kota ekonomi Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan dan tentera mendakwa perubahan pada arahan pertahanan awam juga tidak dilakukan untuk kawasan tengah Israel.

Jurucakap tentera Israel, Nadav Shoshani mendakwa, pihaknya tidak dapat mengesahkan sasaran Hezbollah apabila ia melepaskan peluru berpandu dari sebuah kampung di Lubnan.

“Hasilnya, peluru berpandu menuju ke Tel Aviv, ke arah kawasan awam di wilayah itu. Ibu pejabat Mossad bukan di kawasan itu,” katanya.

Siren amaran turut dibunyikan di kawasan lain di tengah Israel, termasuk bandar Netanya.

Tentera Israel melakukan serangan udara besar-besaran dalam konflik minggu ini, menyasarkan pemimpin Hezbollah dan mencapai ratusan sasaran di dalam Lubnan.

Hezbollah menyalahkan Mossad terhadap pembunuhan pemimpinnya baru-baru ini, termasuk insiden letupan peranti komunikasi minggu lalu.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×