Puluhan ribu rakyat larikan diri dari selatan Lubnan

Puluhan ribu rakyat larikan diri dari selatan Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Puluhan ribu rakyat melarikan diri dari selatan Lubnan tanpa mengetahui lokasi selamat untuk dituju.

Wartawan Al Jazeera yang berada di lokasi konflik sempat bertemu dengan orang awam yang mahu meninggalkan Beirut dengan ada yang bercadang menyelamatkan diri di kawasan pergunungan atau bergerak lebih jauh ke utara.

Terdapat juga ahli keluarga yang datang ke Beirut dan menginap di hotel di sekitar pusat bandar Beirut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menteri Alam Sekitar Lubnan, Nasser Yassin mengumumkan pembukaan 252 sekolah untuk melindungi mereka yang dipindahkan.

Setakat ini, seramai 27,000 orang berada di tempat perlindungan sementara.

Jumlah individu yang dipindahkan secara keseluruhan semasa konflik ini mengatasi lebih 110,000 orang sejak dua hari lalu.

Pengeboman Israel di seluruh Lubnan sehingga kini mengorbankan 569 orang, termasuk 50 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan. -AL JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini