Telegram sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa

Telegram sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Aplikasi mesej Telegram menyatakan kesediaan bekerjasama dengan negara di seluruh dunia sekiranya diminta menyerahkan alamat IP dan nombor telefon pengguna kepada pihak berkuasa yang memiliki waran geledah atau permintaan sah lain. 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pavel Durov dalam satu di hantaran Telegram hari ini berkata, 

perubahan pada terma perkhidmatan dan polisi privasi itu diharap dapat menghalang kegiatan penjenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun 99.999 peratus pengguna Telegram tidak terlibat dengan jenayah, 0.001 peratus yang terlibat dalam aktiviti haram, mencipta imej buruk untuk seluruh platform serta membahayakan kepentingan hampir satu bilion pengguna kami,” katanya. 

BBC melaporkan, pengumuman itu menandakan perubahan ketara oleh Telegram selepas Durov ditahan oleh pihak berkuasa Perancis bulan lalu di sebuah lapangan terbang di utara Paris.

Pengasas bersama aplikasi itu didakwa membenarkan pelbagai bentuk jenayah di platformnya, 

termasuk bersubahat membenarkan transaksi haram oleh kumpulan penjenayah terancang yang membawa hukuman maksimum 10 tahun penjara dan denda sebanyak 500,000 euro (RM2.43 juta).

Pejabat pendakwa Paris dalam satu kenyataan memaklumkan, antara dakwaan dikemukakan terhadap Durov adalah kegagalan berkomunikasi dengan pihak berkuasa, bersubahat dalam kes berkaitan bahan penyalahgunaan seksual kanak-kanak dan penyeludupan dadah, serta melaksanakan technologi penyulitan tanpa pengisytiharan yang betul.

Durov, yang menafikan tuduhan tersebut, mengkritik pihak berkuasa Perancis berikutan penahanannya.

Penahanan CEO berusia 39 tahun itu juga mencetuskan perdebatan mengenai masa depan  kebebasan bersuara di internet. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×