SAUDARA PENGARANG,
UMAT Islam sepatutnya mengetahui tentang perkara yang menjadi suruhan dan larangan dalam agama. Bahkan, kedua-dua elemen ini sudah dinyatakan dengan jelas dan mudah bagi memberi kefahaman kepada setiap umat Islam. Ini kerana ia merupakan kesempurnaan dari segi tuntutan dalam memperkasakan dan memartabatkan peningkatan syiar Islam dari segi perjuangannya.
Sebagai contoh, antara suruhan dalam agama Islam ialah dengan memperbanyakkan atau menambah bangunan masjid dan juga sekolah sekolah tahfiz. Kita juga sudah mendengar kelebihan pelajar di sekolah tahfiz berbanding aliran biasa, antaranya dalam menghafal ayat-ayat al-Quran dengan baik.
Begitu juga dengan pembinaan masjid bagi memboleh dan memudahkan penduduk di sesuatu kawasan untuk beribadah.
Sementara antara larangan yang jelas lagi terang adalah seperti menghapuskan lesen-lesen maksiat dan sebagainya. Maksiat merupakan perbuatan yang mengingkari perintah Allah SWT. Justeru, setiap Muslim diingatkan agar menjauhkan diri daripada melakukan pebuatan terkutuk kerana ia bukan sahaja mengundang dosa dan kemurkaan Allah tetapi juga memberikan banyak kesan mudarat kepada diri dan kehidupan.
Kita sudah merdeka selama 67 tahun, tetapi benarkah kita benar-benar merdeka?-UTUSAN










