Kes Covid-19 Johor dijangka bertambah - Utusan Malaysia

Kes Covid-19 Johor dijangka bertambah

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri, R. Vidyanathan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kes jangkitan Covid-19 di negeri ini dijangka terus bertambah dalam masa terdekat ekoran kemasukan kes import dan aktiviti pengesanan yang dipertingkatkan.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri, R. Vidyanathan berkata, keadaan wabak masih terkawal kerana tindakan pantas Jabatan Kesihatan yang membuat pengesanan awal.

Menurut beliau, masyarakat tidak perlu terlalu bimbang selagi mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Sila amalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan diri akan mengurangkan risiko,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Vidyanathan memaklumkan, enam daripada lapan kes baharu Covid-19 mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Katanya, dua kes membabitkan sepasang suami isteri yang bercuti ke Semporna manakala tiga kes lagi melibatkan individu melawat keluarga di negeri sama.

“Satu kes orang Sabah datang ke Johor bagi melawat kakaknya di sini dan dijadualkan pulang semula ke Sabah pada 6 Oktober ini.

“Kes ketujuh pula melibatkan seorang bukan warga negara hasil saringan pekerjaan dilakukan majikan iaitu membabitkan seorang tukang masak di Johor Bahru,” katanya.

Kata Vidyanathan lagi, kes kelapan melibatkan seorang bukan warganegara yang menjalankan saringan sebelum pulang ke negara asal.

“Kes ini merupakan seorang pemandu forklift di salah sebuah gudang dan dia tidak terlibat dengan aktiviti penjualan di pasar raya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya