Wan Junaidi angkat sumpah TYT Sarawak ke 8 pukul 3 petang ini - Utusan Malaysia

Wan Junaidi angkat sumpah TYT Sarawak ke 8 pukul 3 petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang baharu, Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dijadualkan mengangkat sumpah dalam Istiadat Angkat Sumpah Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada pukul 3 petang hari ini.

Wan Junaidi yang merupakan TYT Sarawak yang baharu itu telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.

Bekas ahli politik berpengalaman luas yang dilahirkan di Sadong Jaya 1 Februari 1946 itu, menyandang jawatan berkenaan selepas Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Batang Lupar sejak 1990 hingga 2004, sebelum bertukar ke kawasan Parlimen Santubong sehingga bersara tahun 2022.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya