Israel bedil tiga sekolah PBB - Utusan Malaysia

Israel bedil tiga sekolah PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekurang-kurangnya 20 individu terbunuh selepas sekolah milik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) dibedil rejim Zionis.

Ketua UNRWA Philippe Lazzarini berkata, lokasi itu melindungi kira-kira 20,000 pelarian di utara Gaza.

Malah menurutnya lagi, kemusnahan dan jumlah yang terkorban di Gaza begitu dahsyat sehingga ia “tidak boleh dianggap sebagai kerosakan sampingan lagi.”