Penganjur, peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia berdepan tindakan - Utusan Malaysia

Penganjur, peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia berdepan tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur dan peserta Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia yang bakal diadakan di hadapan Kompleks beli belah Sogo, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang makluman berhubung himpunan itu seperti yang termaktub di bawah Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, media melaporkan Pemuda Perikatan Nasional (PN) bersama beberapa buah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bakal mengadakan Himpunan Gerakan Selamatkan Malaysia di hadapan kompleks beli belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, pada 16 September ini.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya