Hadir program PN, ADUN Rembia akan diambil tindakan - Utusan Malaysia

Hadir program PN, ADUN Rembia akan diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis akan diambil tindakan oleh kepimpinan parti UMNO selepas menghadiri program Perikatan Nasional di Johor, Rabu lalu.

Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah dimaklumkan dan perkara itu sedang disiasat.

Jailani memenangi kerusi Rembia pada 2018 atas tiket PKR dan menyertai UMNO pada 2019 menjelang Pilihan Raya DUN Melaka.

Beliau juga dilantik sebagai exco di bawah pemerintahan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali namun tidak dipilih selepas Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengambil alih jawatan ketua menteri pada Mac tahun ini.

Hubungan Jailani dengan Ab Rauf tegang sebelum ini apabila mendakwa Melaka bakal menerima ketua menteri “pintu belakang”.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya