Pelawak kontroversi, Jocelyn Chia kembali mempersenda kerajaan Malaysia susulan aksi biadab kumpulan dari British, The 1975 ketika membuat persembahan di Sepang baru-baru ini.
Jocelyn melalui satu ciapan turut mengalu-alukan kumpulan tersebut di dalam senarai individu yang disenarai hitamkan oleh negara ini selain mempersoalkan mengapa INTERPOL tidak diarahkan untuk menahan mereka.
Memuatkan artikel berkaitan…
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menyelar kenyataan wanita tersebut yang dilihat mengambil kesempatan terhadap kejadian berkenaan.





