Lelaki 'lembut' didenda RM2500 rakam remaja buang air - Utusan Malaysia

Lelaki ‘lembut’ didenda RM2500 rakam remaja buang air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Padah merakam video seorang remaja lelaki sedang membuang air besar, seorang lelaki homoseksual didenda RM2,500 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching, hari ini.

Hukuman dijatuhkan oleh Majistret Zaiton Anuar selepas tertuduh Raychai Darak, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mangsa, 19 tahun, yang merupakan penuntut di sebuah institusi kemahiran sedang membuang air besar di dalam tandas di sebuah pusat beli-belah sebelum terlihat satu tangan memegang telefon bimbit mengambil gambar atau merakam videonya pada pukul 1.19 petang, 12 Jun yang lalu.

tertuduh merupakan seorang lelaki lembut, mengaku merakam video terbabit dan berminat dengan kaum sejenis serta turut menyerahkan sendiri telefon bimbitnya sebagai bahan bukti kejadian kepada polis.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya