Lengkuk ‘S’ jadi igauan juru foto - Utusan Malaysia

Lengkuk ‘S’ jadi igauan juru foto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/0, bukaan f/13.0, ISO 100. Aksesori tambahan filter CPL, tripod dan pelepas kabel

SUNGAI adalah antara subjek yang indah untuk juru foto-juru foto amatur mahu pun profesional. Keunikan sungai menawarkan banyak peluang kepada penggemar fotografi alam sekitar. Komposisi air memberikan peluang yang sangat baik untuk gambar seperti membuat garis utama ke subjek lain, seperti gunung atau air terjun.
Corak dan bentuk yang dibuat oleh air akan menemui lengkuk ‘S’ menghasilkan gambar lebih cantik. Berikut adalah tiga petunjuk utama untuk membantu anda menghasilkan foto pemandangan sungai yang lebih baik.

1. Kelajuan pengatup (Shutter Speed)
Beri perhatian kepada kelajuan pengatup yang akan anda gunakan. Bermula daripada 1/20 saat hingga serendah 1/0 Saat. Tinggikan ISO sedikit jika kelajuan pengatup dapat mempengaruhi gambar yang anda rakam.
Kelajuan pengatup yang panjang memberikan air dan pantulan yang sangat jelas. Jangan lupa aksesori penting iaitu tripod dan pelepas kabel supaya dapat mengawal kestabilan kamera.

2. Polarizer
Filter CPL – singkatan dari circular polarizer/linier – merupakan sejenis kaca yang dapat mengurangkan silauan dari permukaan yang dipantul. Penggunaan polarizer akan membantu meminimumkan silaun air dan mempunyai banyak perbezaan pada gambar anda.
Sebagai permulaan, ia akan meningkatkan kecerahan warna lanskap, seperti pokok-pokok di tepi sungai, lumut pada batu dan ikan di bawah permukaan.

3. Waktu dan masa yang sesuai
Waktu pagi selalunya menjadi kegemaran juru foto sebagai masa yang terbaik. Biasanya langit berwarna-warni dengan sungai yang lebih besar dan bergerak perlahan.
Kelajuan pengatup akan lebih lama pada waktu siang dapat membantu melicinkan permukaan sungai. Bukan mudah untuk membidik waktu ini tetapi sangat bermanfaat dari segi gambar dan kepuasan seseorang juru foto.

TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/0, bukaan f/14.0, ISO 100. Aksesori tambahan filter CPL, tripod dan pelepas kabel.

 

TETAPAN PADA KAMERA: Menggunakan kamera DSLR, lensa 24-70mm, kelajuan pengatup 1/0, bukaan f/14.0, ISO 100. Aksesori tambahan filter CPL, tripod dan pelepas kabel.