KAJANG: Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan mengenai desakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan mafia korporat yang dikaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sudah melakukan perbincangan mengenai desakan DAP itu dan ia berjalan dengan baik. “Kita sudah bincang tadi elok, nanti ada kenyataan (dikeluarkan),” katanya ketika ditemui pemberita selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Bandar Kajang, di sini hari ini.…










