Piala Malaysia: Steinbruckner enggan ulas banyak tentang penga

Piala Malaysia: Steinbruckner enggan ulas banyak tentang pengadil

KEPUTUSAN kontroversi pengadil dalam aksi final Piala Malaysia membangkitkan kemarahan pemain-pemain Terengganu FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner memilih untuk tidak bercakap banyak tentang mutu pengadilan bagi aksi final pasukannya menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, pengendali dari Croatia itu juga percaya, keputusan perlawanan akan berubah sekiranya Video Bantuan Pengadil (VAR) diguna pakai dalam aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu.

Dalam aksi itu, pengadil, S. Logeswaran menghadiahkan tiga penalti iaitu dua kepada JDT dan satu kepada Terengganu selain dia juga terlepas pandang beberapa insiden selain ‘kedekut’ untuk mengeluarkan kad.

“Mungkin satu idea yang baik untuk menggunakan sistem VAR kerana dengan tiga penalti, pengadil boleh menyemaknya semula. Kita juga lihat ada beberapa cabaran yang dilakukan pada aksi final ini.

“Saya fikir mungkin beberapa lagi kad kuning patut dilayangkan kepada pertahanan JDT. Tetapi saya tidak mahu bercakap terlalu banyak mengenai pengadil,” kata Steinbrucker pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Terdahuu, JDT melengkapkan musim gemilang mereka apabila menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 hasil jaringan Bergson Da Silva pada babak pertama dan dua gol menerusi Feroz Baharudin dan Arif Aiman Hanapi pada babak kedua.

Ditanya tentang kualiti padang, Steinbruckner berkata, dia tiada masalah dengan keadaan padang dan berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya.

“Padang pun tidaklah seteruk seperti yang digambarkan beberapa hari lalu. Tetapi saya berpuas hati dengan pemain dengan cara kami bermain dan saya berbangga dengan mereka,” katanya.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.