Pegula buru slot separuh akhir WTA Finals

Pegula buru slot separuh akhir WTA Finals

Jessica Pegula.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIAN WELLS: Jessica Pegula menghidupkan semula peluang untuk melangkah ke pentas separuh akhir WTA Finals selepas menewaskan pemain Ukraine, Marta Kostyuk, 6-2, 7-5 dalam aksi peringkat kumpulan, semalam.

Kemenangan tersebut cukup penting buat pemain ranking No. 5 dunia dari Amerika Syarikat itu selepas tewas kepada Coco Gauff dalam perlawanan pembukaan.

Pegula yang membuat penampilan sulung di WTA Finals mengakui dia telah melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi saingan sengit kejohanan penutup musim tersebut,

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, dia sudah mengenali corak permainan Kostyuk dengan baik kerana sering menjalani latihan bersama selain beberapa kali bertemu di gelanggang.

“Dia (Kostyuk) memperagakan aksi juang yang sangat tinggi dan pukulan yang cukup bertenaga. Kostyuk seorang pemain yang sukar dijangka dan keadaan itu menjadikan perlawanan menentangnya cukup mencabar,” katanya.

Pegula turut memuji peningkatan prestasi Kostyuk sepanjang musim ini selain mengakui pemain Ukraine itu layak berada dalam kelompok lapan pemain terbaik yang bersaing di kejohanan berkenaan.

Selepas tewas kepada Gauff dan menewaskan Kostyuk, Pegula kini perlu mengharungi satu lagi cabaran penting apabila berdepan pemain Republik Czech, Linda Noskova dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Kemenangan dalam aksi terakhir itu pastinya menjadi taruhan utama Pegula untuk terus memburu slot ke pentas separuh akhir kejohanan berprestij berkenaan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini