Malaysia gagal raih gangsa

Malaysia gagal raih gangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hasrat skuad hoki remaja lelaki negara untuk menamatkan kempen Piala Asia Remaja 2026 di tempat ketiga tidak kesampaian apabila tewas 2-4 kepada Pakistan dalam perlawanan penentuan gangsa di Moqi, China, hari ini.

Malaysia bermula baik apabila mendahului 2-0 menerusi gol padang Adam Ashraf Johari pada minit ke-11 sebelum Shafiq Ammar Fahmi Suzaini menggandakan kelebihan dua minit kemudian hasil pukulan sudut penalti.

Namun, kelebihan tersebut gagal dipertahankan apabila Pakistan bangkit pada separuh masa kedua untuk menjaringkan empat gol bagi mengubah keputusan perlawanan.

Rana Abdul Sami menjadi pencetus kebangkitan Pakistan apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-34 dan ke-47 untuk menyamakan kedudukan 2-2.

Pakistan kemudian terus menekan dan memperoleh gol ketiga menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Shaheer pada minit ke-52.

Waleed Rana melengkapkan kemenangan Pakistan pada minit ke-56 menerusi penalti shoot-out.

Kekalahan itu bermakna Malaysia menyamai pencapaian dalam dua edisi terdahulu pada edisi 2024 dan 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×