Lelaki curi lori berwarna hijau miliki 27 rekod lampau, positif dadah - Utusan Malaysia

Lelaki curi lori berwarna hijau miliki 27 rekod lampau, positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang bertindak mencuri sebuah lori sebelum dikejar beberapa kereta peronda polis ditahan di kawasan pusat bandar Pasir Gudang, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, suspek lelaki tempatan berusia 30-an itu mempunyai 27 rekod kesalahan lampau, serta turut positif dadah jenis methamphetamine.

Menurutnya, beberapa rakaman video berkenaan kejadian tersebut turut tular di media sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek dipercayai mencuri lori tersebut di kawasan Plentong, sebelum polis menerima maklumat kenderaan itu dikesan berada di Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

“Ketika diburu, suspek turut bertindak merempuh sebuah kereta peronda polis ketika cuba meloloskan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, semakan lanjut mendapati suspek mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah, manakala ujian urin menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Pemeriksaan terhadap suspek turut mendapati dia memiliki satu beg plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan; Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×