18 kenderaan dipandu warga asing disita, 34 saman dikeluarkan - Utusan Malaysia

18 kenderaan dipandu warga asing disita, 34 saman dikeluarkan

SEBAHAGIAN daripada penunggang motosikal warganegara asing yang dikenakan tindakan penguatkuasaan semasa pemeriksaan polis di Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sebanyak 18 buah kenderaan dipandu individu warga asing disita di sekitar bandar raya ini, semalam atas pelbagai kesalahan awam yang dikesan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, operasi tersebut dijalankan pihaknya bermula pukul 7 pagi hingga 10 pagi, semalam.

“Dalam operasi itu, 18 buah kenderaan terdiri daripada 15 buah motosikal dan tiga buah kereta dinaiki individu warga asing disita. Pada masa sama, 34 keping saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

“Operasi ini memberi tumpuan kepada penunggang dan pemandu kenderaan pemegang kewarganegaraan asing bagi memeriksa pematuhan terhadap undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Yusof, kesemua tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis akan terus melaksanakan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya dipatuhi bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×