Thailand gantung lesen senjata api susulan tembakan sekolah

Thailand gantung lesen senjata api susulan tembakan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, menggantung pengeluaran lesen senjata api susulan kejadian tembakan di sebuah sekolah yang meragut nyawa minggu lalu.

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarah menghentikan pengeluaran lesen untuk memiliki, membeli dan membawa senjata api, selain menggesa ‘kawalan lebih ketat dan hukuman tegas’.

Jumaat lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menembak mati datuk dan neneknya di kediaman mereka di Nonthaburi, utara Bangkok, sebelum membunuh enam lagi mangsa di sekolahnya dan kemudian menembak diri sendiri.

Penyiasat masih berusaha mengenal pasti motif kejadian, namun polis pada Ahad berkata remaja berkenaan pernah menonton video berunsur keganasan dalam talian dan pernah membawa pistol BB ke sekolah.

Pihak berkuasa sebelum ini berkata remaja itu berdepan tekanan berkaitan akademik, manakala seorang rakan sekelas mendakwa dia pernah dibuli.

Remaja berkenaan, yang identitinya tidak didedahkan oleh AFP, menggunakan senjata api milik datuknya untuk membunuh datuk dan neneknya sebelum menuju ke sekolah.

Dalam kejadian di sekolah itu, dia menembak mati lima guru dan kakitangan serta mencederakan seorang pelajar perempuan berusia 12 tahun, yang meninggal dunia di hospital pada Sabtu.

Thailand mempunyai antara kadar pemilikan senjata api tertinggi di rantau ini, namun janji sebelum ini untuk memperketatkan undang-undang senjata api gagal menghalang kejadian tembakan daripada terus berlaku.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×