SUKMA 2026: Ashraf tambah emas buat Judo Selangor

SUKMA 2026: Ashraf tambah emas buat Judo Selangor

AKSI Muhammad Ashraf Md Khairuldin (Biru) dalam kategori lelaki bawah 81 kilogram SUKMA 2026 di IDCC Shah Alam hari ini.-IHSAN FB MSNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Atlet judo Selangor, Muhammad Ashraf Md Khairuldin, menghadiahkan pingat emas buat kontinjen tuan rumah selepas menjuarai kategori lelaki bawah 81 kilogram (kg) pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di IDCC Shah Alam hari ini.

Kejayaan itu hadir selepas Ashraf menewaskan wakil Terengganu, Muhammad Amsyar Azizi menerusi Ippon dalam aksi ‘golden score’ untuk mengesahkan kejuaraan kategori berkenaan.

Pingat emas yang diraih Ashraf mengekalkan momentum cemerlang skuad judo Selangor yang terus menyerlah pada temasya kali ini.

Kemenangan tersebut menambah koleksi emas Selangor dalam acara judo selepas atlet wanita, Nur Sufia Arisha Mohamed Rasidi terlebih dahulu membuka tirai kejayaan menerusi kategori bawah 44kg, semalam.

Sementara itu, seorang lagi atlet Selangor, Cebastian Chee Zhen Yi menyumbang pingat gangsa dalam kategori lelaki bawah 66kg.

Cebastian mempamerkan semangat juang tinggi apabila bangkit dalam pusingan repechage sebelum menewaskan wakil Pahang, Ammar Haziq menerusi Ippon untuk mengesahkan kedudukannya di podium.

Kejayaan itu membolehkan Selangor menambah satu lagi pingat berharga dalam usaha memperkukuhkan kedudukan mereka dalam carta keseluruhan temasya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×