Dua kanak-kanak ditemukan lemas pada kedalaman air dua meter - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak ditemukan lemas pada kedalaman air dua meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang semalam telah ditemukan lemas di kawasan empangan di Jalan Murai 2, Taman Scientex, Pasir Gudang di sini masing-masing pada pukul 2.12 pagi dan 2.33 pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Rahmad berkata, kedua-dua kanak itu ditemukan pada jarak kedalaman dua meter daripada permukaan air.

Katanya, jentera tiba di lokasi pada pukul 10.49 malam, selepas menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 10.36 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi, didapati terdapat dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang sejak petang. Pemeriksaan di kawasan empangan itu menemukan sebuah basikal dan selipar milik mamgsa di lokasi kejadian.

“Mayat kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan pada pukul 2.12 pagi pada kedalaman dua meter, dengan jarak tiga meter daripada tebing. Manakala seorang lagi kanak-kanak berusia 11 tahun ditemukan pada kedalaman dua meter dan 15 meter dari tebing,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Haizrul, kedua-dua mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) sebelum operasi ditamatkan pada pukul 3 pagi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×