BAM, pemain perlu bersemuka

BAM, pemain perlu bersemuka

PEMAIN-Pemain badminton dan pengurusan BAM perlu duduk bersemuka jika timbul sebarang isu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu bintang beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik yang diketepikan daripada skuad kebangsaan ke Sukan Asia Aichi-Nagoya, Jepun terus menjadi perhatian, dengan keputusan berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi terhadap Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkembangan itu menjadi semakin hangat selepas Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei, menegaskan pihaknya tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan atau ugutan daripada pemain, sebaliknya setiap permasalahan perlu diselesaikan menerusi perbincangan secara profesional.

Bekas pemain No.1 dunia itu turut mengingatkan bahawa pemain tidak seharusnya melupakan peranan BAM dalam membentuk karier mereka sejak di peringkat awal, termasuk menyediakan latihan, kemudahan serta persekitaran pembangunan sebelum mereka muncul sebagai bintang di pentas antarabangsa.

ADS:M
Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, berpandangan pendekatan terbaik bukan sekadar ketegasan, sebaliknya memerlukan komunikasi dua hala antara badan induk dan pemain bagi mengelakkan salah faham, khususnya dalam perkara membabitkan penilaian prestasi pemain elit.

Menurut Razif, keputusan berkaitan prestasi tidak wajar dilihat daripada satu sudut sahaja kerana dalam beregu, kekuatan dan kelemahan perlu dinilai melibatkan kedua-dua pemain.

Katanya, tiada gandingan handalan dunia yang sempurna dan bebas daripada kelemahan, termasuk pasangan No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

“Kalau kita bercakap mengenai penilaian prestasi beregu, ia perlu dilakukan secara seimbang kerana kita menilai dua pemain, bukan seorang sahaja.

“Tiada pasangan yang sempurna. Setiap gandingan pasti mempunyai kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki,” katanya.

Razif berkata, meskipun prestasi Aaron-Wooi Yik ketika tempoh pemilihan skuad ke Sukan Asia dikatakan kurang memberangsangkan, kemampuan mereka tidak seharusnya dinilai berdasarkan satu tempoh atau beberapa kejohanan semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN