SPR minta majikan beri tempoh munasabah pekerja keluar mengundi

SPR minta majikan beri tempoh munasabah pekerja keluar mengundi

SEMUA majikan perlu memberikan tempoh munasabah kepada pekerja yang berdaftar dan layak mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta semua majikan memberikan tempoh munasabah kepada pekerja yang berdaftar dan layak mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Negeri Johor Ke-16, Sabtu ini.

Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai kekhuatiran orang ramai berhubung kemungkinan ada majikan yang tidak akan membenarkan pekerja keluar mengundi.

Katanya, majikan diingatkan supaya mematuhi Seksyen 25 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 [Akta 5] bagi memastikan pekerja yang merupakan pemilih berdaftar dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

“Majikan juga tidak dibenarkan membuat sebarang potongan gaji atau saraan lain mahupun mengenakan apa-apa penalti terhadap pekerja atas sebab mereka menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Mana-mana majikan yang secara langsung atau tidak langsung enggan memberikan tempoh yang munasabah atau menghalang pekerja daripada mengundi adalah melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, majikan terbabit boleh didenda sebanyak RM5,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh satu tahun,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Sehubungan itu, beliau berharap semua majikan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar sekali gus menggalakkan penyertaan pengundi yang tinggi dalam pilihan raya berkenaan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN