Semangat kekeluargaan kunci kejayaan Sepanyol juara Piala Dunia

Semangat kekeluargaan kunci kejayaan Sepanyol juara Piala Dunia

PEMAIN-Pemain Sepanyol menjulang Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Argentina di pentas final.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Pengendali Sepanyol, Luis de la Fuente menyifatkan keakraban seperti sebuah keluarga dan pengorbanan luar biasa generasi pemain luar biasa demi mengharumkan nama negara, sebagai kunci kejayaan La Roja memenangi Piala Dunia 2026.

Jurulatih berusia 65 tahun itu, kelihatan sebak sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan selepas Sepanyol menewaskan Argentina 1-0 menerusi jaringan Ferran Torres pada minit ke-106 masa tambahan dalam aksi final yang mendebarkan di Stadium MetLife, awal pagi tadi.

Kejayaan tersebut menghadiahkan gelaran dunia kedua buat La Roja selepas penantian selama 16 tahun sejak kejayaan bersejarah mereka di Afrika Selatan pada 2010.

Bagi De la Fuente, trofi yang dijulang itu bukan sekadar kejayaan sebuah pasukan, sebaliknya simbol kepada kekuatan sebuah kumpulan pemain yang membesar bersama dan berkongsi impian sama untuk mengembalikan Sepanyol ke puncak bola sepak dunia.

“Saya berasa sangat bangga dengan generasi pemain ini yang membesar dengan idea dan falsafah yang sama. Mereka memberikan contoh terbaik mengenai sebuah kumpulan dan sebuah keluarga.

“Mereka adalah pemain yang memiliki bakat luar biasa. Bagi saya, ia satu penghormatan kerana dapat menemani mereka sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Kejayaan itu menambah koleksi pencapaian cemerlang De la Fuente yang sebelum ini turut membimbing Sepanyol menjuarai Kejohanan Eropah 2024, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara jurulatih paling berjaya dalam sejarah bola sepak negara itu.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN