Quinones enggan dibuai mimpi

Quinones enggan dibuai mimpi

PENYERANG Mexico, Julian Quiñones, meraikan kemenangan pasukannya selepas menewaskan Ecuador dalam aksi Piala Dunia 2026 pusingan 32 di Stadium Mexico City.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Penyerang Mexico, Julián Quiñones enggan dibuai kejayaan biarpun muncul antara watak utama membawa skuad kebangsaan mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026.

Penyerang berusia 29 tahun itu menegaskan masih banyak yang perlu dilakukan dan mahu terus bekerja keras bagi memastikan impian penyokong Mexico menjadi kenyataan.

“Kami masih ada banyak kerja yang perlu dilakukan. Kami perlu terus bekerja lebih keras supaya rakyat lebih gembira.

“Saya gembira dengan keputusan ini. Kejayaan peribadi saya hadir hasil kerja berpasukan dan saya sentiasa bangga dapat menyarung jersi Mexico.

“Apa yang paling menggembirakan saya ialah usaha seluruh pasukan. Kejayaan individu adalah perkara kedua,” katanya.

Quiñones sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol ketiganya di kejohanan ketika membantu Mexico menewaskan Ecuador 2-0 dalam aksi kalah mati di Stadium Azteca.

Kemenangan itu menamatkan penantian 40 tahun Mexico untuk meraih kemenangan di pusingan kalah mati Piala Dunia, sekali gus menyemarakkan keyakinan penyokong bahawa skuad El Tri mampu melakar sejarah kali ini.

Pemain kelahiran Colombia itu sebelum ini turut meledak gol ketika aksi pembukaan menentang Afrika Selatan serta dalam perlawanan menentang Republik Czech.

Quiñones, yang membina namanya di Liga MX bersama Atlas dan Club América, memilih untuk mewakili Mexico walaupun pernah didekati Colombia.

Keputusan itu kini dilihat berbaloi apabila dia muncul antara tonggak paling berpengaruh Mexico dalam misi memburu kejayaan di pentas Piala Dunia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN