Portugal lantik Jesus

Portugal lantik Jesus

Jorge Jesus
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Bekas pengendali Al-Nassr, Jorge Jesus dilaporkan telah mencapai persetujuan untuk dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Portugal bagi menggantikan Roberto Martinez yang meletak jawatan susulan kegagalan dalam kempen Piala Dunia baru-baru ini.

Menurut sumber, pengendali veteran berusia 71 tahun itu telah mencapai persetujuan dengan Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) dan akan diperkenalkan secara rasmi dalam satu sidang akhbar di Lisbon, hari ini.

Martinez sebelum ini membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya selepas Portugal tersingkir di pusingan 16 terbaik apabila tewas tipis 1-0 kepada Sepanyol.

Jesus, yang meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr pada Mei lalu, dijangka akan menandatangani kontrak selama empat tahun yang akan menyaksikan dia membimbing pasukan itu sehingga tamat kempen Piala Dunia 2030.

Edisi 2030 cukup signifikan buat Portugal memandangkan negara itu akan menjadi tuan rumah bersama Sepanyol dan Maghribi.

Jesus merupakan seorang jurulatih yang mempunyai reputasi besar dan cukup berpengalaman dalam kancah bola sepak Portugal apabila pernah mengendalikan lebih daripada 12 kelab tempatan, termasuk dua seteru tradisi Lisbon, Benfica dan Sporting.

Selain kejayaan domestik, dia juga mempunyai profil antarabangsa yang mengagumkan menerusi pengalamannya bersama kelab gergasi Brazil, Flamengo, gergasi Turkiye, Fenerbahce, serta dua kelab utama Arab Saudi, Al-Hilal dan Al-Nassr.

Pelantikan Jesus juga menarik perhatian peminat bola sepak memandangkan dia pernah melatih Ronaldo ketika di Al-Nassr sebelum ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN