Peminat dakwa Ronaldo lafaz Bismillah

Peminat dakwa Ronaldo lafaz Bismillah

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Cristiano Ronaldo sekali lagi mencuri tumpuan peminat bola sepak dunia, bukan sahaja kerana menjaringkan gol, malah didakwa melafazkan kalimah Bismillah sebelum mengambil sepakan penalti ketika membantu Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam pusingan 32 Piala Dunia 2026.

Rakaman televisyen memaparkan penyerang berusia 41 tahun itu seolah-olah bercakap sendirian beberapa saat sebelum menyempurnakan sepakan penalti yang menyamakan kedudukan 1-1 buat Portugal.

Peminat di media sosial kemudian membuat spekulasi bahawa Ronaldo menyebut perkataan Bismillah yang bermaksud ‘Dengan nama Allah’ dalam bahasa Arab, sebelum melakukan sepakan berkenaan.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong, dengan ramai menyifatkan ia sebagai amalan yang sering dilakukan pemain berkenaan sebelum mengambil sepakan penting.

Begitu pun, jika benar Ronaldo melafazkan kalimah tersebut, terdapat kemungkinan dia terpengaruh dengan budaya dan masyarakat Islam memandangkan bekas pemain Real Madrid itu kini berpangkalan di Arab Saudi bersama kelab Al Nassr sejak 2023.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Ronaldo sama ada dia benar-benar melafazkan kalimah tersebut, manakala perbincangan dalam kalangan peminat terus hangat di media sosial. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN