Pearly-Thinaah akhiri cabaran Malaysia di Terbuka China

Pearly-Thinaah akhiri cabaran Malaysia di Terbuka China

Pearly Tan-M. Thinaah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tersingkirnya beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah di peringkat lapan terbaik, maka, berakhirlah cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Jiangsu, China, hari ini.

Pasangan No. 5 dunia itu tewas straight set kepada beregu handalan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 16-21, 16-21 dalam masa 46 minit.

Kekalahan Pearly-Thinaah di tangan beregu No. 3 dunia itu menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua beregu kini terikat dengan kedudukan 5-5.

Pearly-Thinaah juga merupakan pemain terakhir Malaysia yang masih meneruskan perjuangan sehingga ke suku akhir, selepas tujuh lagi wakil terkandas di pusingan kedua, semalam.

Dengan tahap kecergasan Pearly yang masih belum pulih sepenuhnya, bukanlah satu kejutan apabila mereka tewas lagi kepada Fukushima-Matsumoto.

Kaki terakhir bekas beregu No. 2 dunia itu menang ke atas Fukushima-Matsumoto adalah pada Jepun Masters, November tahun lalu.

Sejak dari Jelajah Dunia Akhir, Disember lepas, Pearly-Thinaah masih belum berjaya menewaskan beregu wanita No. 1 Jepun tersebut sehinggalah sekarang dan hari ini, merupakan kekalahan keempat berturut-turut gandingan negara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN