Norway kunci rapat padang latihan

Norway kunci rapat padang latihan

ERLING Haaland menjalani latihan tertutup menjelang aksi suku akhir piala dunia menentang England-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FORT LAUDERDALE: Norway mengambil langkah keselamatan luar biasa bagi memastikan segala perancangan taktikal mereka kekal menjadi rahsia menjelang aksi suku akhir Piala Dunia menentang England, awal pagi Ahad ini.

Pengendali Norway, Ståle Solbakken hanya membenarkan media membuat liputan selama 15 minit pertama sesi latihan di Stadium Inter Miami sebelum menutup sepenuhnya akses ke padang bagi mengelakkan sebarang cubaan mengintip strategi pasukannya.

Kem Norway memasang jaring hitam bersaiz besar di laluan media ke padang latihan, selain menutup cermin bilik sidang media yang menghadap kawasan latihan dengan tirai hitam tebal supaya tiada pihak dapat melihat persiapan mereka.

Langkah itu dilihat sebagai usaha mengelakkan sebarang insiden ala ‘Spygate’ menjelang pertembungan getir menentang skuad kendalian Thomas Tuchel.

Dalam perkembangan sama, Norway turut menafikan kebimbangan mengenai tahap kecergasan pemain apabila mengesahkan kesemua 26 pemain menyertai sesi latihan, sekali gus menyangkal laporan awal yang mendakwa skuad itu dilanda wabak selsema.

Kapten pasukan, Martin Odegaard, mengakui terdapat beberapa individu di kem Norway yang kurang sihat berikutan perubahan suhu serta penggunaan pendingin hawa, namun menegaskan situasi itu tidak menjejaskan persiapan pasukan.

“Perkara seperti ini biasa apabila berlaku perubahan suhu. Ia bukannya masalah besar dan semua orang dijangka berada dalam keadaan terbaik menjelang Sabtu ini,” katanya.

Solbakken turut menjelaskan kekeliruan laporan media yang mendakwa Odegaard jatuh sakit dengan menegaskan  individu yang kurang sihat sebenarnya ialah fisioterapi pasukan, Thomas Odegaard yang juga bapa saudara kepada Martin, bukannya kapten Norway itu.

“Isu penyakit ini sebenarnya dibesar-besarkan. Ahli keluarga Odegaard yang sakit ialah pakar fisioterapi kami, bukannya Martin. Semua pemain berada dalam keadaan terbaik dan sedia untuk beraksi,” kata Solbakken.

Norway turut menerima khabar gembira apabila pertahanan, Marcus Holmgren Pedersen, kembali cergas sepenuhnya selepas terlepas aksi kemenangan ke atas Brazil, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada Solbakken menjelang pertemuan penting dengan England.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN