Marquez dilantik ketua jurulatih baharu Mexico

Marquez dilantik ketua jurulatih baharu Mexico

Rafael Marquez
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Bekas pertahanan Mexico dan Barcelona, Rafael Marquez dilantik sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Mexico bagi menggantikan Javier Aguirre yang melepaskan jawatan selepas pasukan itu tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2026.

Pelantikan Marquez diumumkan Persekutuan Bola Sepak Mexico (FMF) semalam, dengan bekas pemain berusia 47 tahun itu diberi tanggungjawab meneruskan kesinambungan projek pembangunan pasukan yang dimulakan Aguirre.

Aguirre membuat keputusan untuk berundur selepas Mexico tewas 3-2 kepada England pada aksi pusingan 16 terbaik dalam perlawanan dramatik yang berlangsung di Stadium Azteca, Ahad lalu.

Marquez yang pernah mencatat 147 penampilan bersama skuad kebangsaan Mexico bukanlah nama asing dalam arena bola sepak negara itu.

Dia sebelum ini mengendalikan pasukan simpanan Barcelona sebelum menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan Mexico sebagai pembantu kepada Aguirre pada 2024.

Pengalaman itu dilihat menjadi antara faktor utama yang meyakinkan FMF untuk memberikan kepercayaan kepada Marquez bagi membimbing Mexico menghadapi cabaran baharu di pentas antarabangsa.

FMF dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Marquez dibuat bagi memastikan kesinambungan hala tuju dan pembangunan pasukan kebangsaan dapat diteruskan tanpa gangguan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN