Kos majlis kahwin Taylor Swift mungkin cecah RM42 juta - Utusan Malaysia

Kos majlis kahwin Taylor Swift mungkin cecah RM42 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK:  Perkahwinan penyanyi popular, Taylor Swift, dan Travis Kelce yang bakal berlangsung di Madison Square Garden (MSG) minggu ini terus menjadi tumpuan apabila permit penutupan jalan telah diluluskan.

Menurut pereka majlis perkahwinan mewah, Tracy Taylor Ward, MSG merupakan lokasi yang dianggap kawasan paling terkenal di dunia yang dilihat membawa simbolik kepada pasangan itu yang menggabungkan muzik dan sukan.

Sesi raptai akan diadakan termasuklah kehadiran penyanyi lagenda Stevie Nicks dikhabarkan bakal membuat persembahan.

Menurut perancang perkahwinan, Jason Rhee, dia menganggarkan majlis itu akan menelan belanja sekitar AS$10 juta atau sekitar RM42 juta, seperti dilaporkan media antarabangsa.

Namun angka itu melonjak berkali ganda apabila melibatkan venue bertaraf dunia seperti MSG, yang pernah menjadi lokasi tempat duduk tepi gelanggang NBA bernilai AS$220,000.

Rhee menjelaskan kos penyediaan venue sahaja boleh mencecah jutaan dolar, termasuk proses pemasangan dan penanggalan dekorasi serta peralatan. Laporan TMZ sebelum ini menyebut harga tempahan MSG boleh mencecah sekitar AS$1 juta untuk satu malam.

Pakar pencahayaan, Ira Levy yang pernah mengendalikan produksi majlis mewah termasuk keluarga Ambani di India dan Ivanka Trump, berkata kos pencahayaan sahaja di venue seperti MSG boleh bermula sekitar AS$650,000 dan mencecah hampir AS$1 juta.

Sebagai perbandingan, majlis perkahwinan di khemah mewah lazimnya menelan kos antara AS$150,000 hingga AS$300,000 bagi keseluruhan pencahayaan.

Perancang majlis tidak dinamakan itu turut memaklumkan perbelanjaan bunga dan dekorasi boleh mencapai AS$500,000, malah tidak mustahil melepasi AS$1 juta bagi skala sebesar arena tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN