Kontrak Hossam Hassan dilanjut hingga 2030

Kontrak Hossam Hassan dilanjut hingga 2030

Hossam Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATLANTA: Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) mengesahkan kontrak ketua jurulatih mereka, Hossam Hassan disambung susulan kejayaan pasukan itu mengharungi kempen memberangsangkan pada kempen Piala Dunia 2026.

“Presiden EFA, Hany Abo Rida mengumumkan bahawa lembaga persatuan telah meluluskan pembaharuan kontrak ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan serta pengarah pasukan, Ibrahim Hassan,” kata EFA dalam satu kenyataan.

Hossam yang dilantik sebagai ketua jurulatih pada Februari 2024, sebelum ini berjaya membimbing Mesir mara ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2025.

Jurulatih berusia 59 tahun itu turut mendedahkan pernah mengendalikan skuad kebangsaan tanpa kontrak rasmi sejak Februari lalu.

Di bawah kendalian Hossam, Mesir mencatat sejarah apabila meraih kemenangan pertama mereka di pentas Piala Dunia selepas menewaskan New Zealand 3-1 dalam aksi Kumpulan G.

Skuad The Pharaohs kemudian menyingkirkan Australia menerusi penentuan sepakan penalti pada pusingan 32 terbaik, sekali gus melakar kemenangan pertama mereka dalam perlawanan kalah mati di kejohanan itu.

Bagaimanapun, impian Mesir untuk mara ke suku akhir tidak kesampaian apabila tewas 2-3 kepada juara bertahan, Argentina.

Media tempatan melaporkan kontrak baharu Hossam dijangka berkuat kuasa sehingga 2030. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN