Kobel mahu bawa Switzerland ke separuh akhir

Kobel mahu bawa Switzerland ke separuh akhir

GREGOR Kobel-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Penjaga gol Switzerland, Gregor Kobel mahu membawa Switzerland ke separuh akhir Piala Dunia 2026, biarpun bakal menerima tentangan juara bertahan, Argentina.

Penjaga gol berusia 28 tahun itu muncul wira apabila menyelamatkan satu sepakan penalti untuk membantu Switzerland menewaskan Colombia 4-3 menerusi penentuan penalti, sekali gus melakar sejarah mara ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 72 tahun.

“Saya rasa pencapaian ini tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bagi sebuah negara kecil seperti Switzerland berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik dunia adalah sesuatu yang luar biasa.

“Saya sangat gembira untuk semua pemain, penyokong dan seluruh rakyat Switzerland. Ramai pemain sudah lama bersama pasukan ini dan mereka memang layak menikmati detik bersejarah ini,” kata Kobel.

Switzerland berdepan cabaran lebih besar apabila dijadual menentang Argentina yang diketuai Lionel Messi dalam aksi suku akhir di Kansas City pada Ahad ini.

Dalam pada itu, Pertahanan Switzerland, Manuel Akanji percaya pasukannya mampu memberikan tentangan sengit biarpun bakal berdepan juara dunia.

“Mereka adalah juara bertahan dan sudah tentu cabarannya jauh lebih sukar. Tetapi setiap pusingan menjadikan kami lebih yakin dan saya percaya kami sudah bersedia untuk menghadapinya,” katanya.

Beliau mengakui kegagalannya menyempurnakan penalti menjadi pengalaman yang mahu dilupakan.

“Itu memang satu bencana. Selepas ini saya akan serahkan tugas mengambil penalti kepada pemain lain,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN