Haaland ledak dua gol, Norway singkir Brazil

Haaland ledak dua gol, Norway singkir Brazil

PEMAIN Norway meraikan kejayaan mereka selepas menewaskan Brazil 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Erling Haaland muncul wira Norway apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya mencipta kejutan menewaskan Brazil 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.

PEMAIN Norway bersorak gembira berikutan kejayaan mereka mara ke suku akhir Piala Dunia 2026. – AFP

Penyerang Manchester City itu membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-79 sebelum melengkapkan kemenangan Norway dengan gol kedua pada minit ke-90 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MetLife, semalam.

Erling Haaland

Kemenangan itu bukan sahaja membawa Norway ke kelompok lapan pasukan terbaik kejohanan, malah menamatkan impian Brazil untuk memburu kejuaraan Piala Dunia yang keenam.

Brazil sebelum itu berusaha bangkit selepas ketinggalan, namun pertahanan Norway yang tersusun berjaya mengekang setiap asakan lawan sebelum Haaland memastikan kemenangan mutlak pasukannya menerusi jaringan lewat permainan.

PENYERANG Brazil, Neymar kelihatan kecewa berikutan kegagalan pasukannya mara ke suku akhir Piala Dunia 2026. – AFP

Gol tunggal Brazil dijaringkan oleh Neymar menerusi sepakan penalti pada masa tambahan babak kedua. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN