Bisa Mbappe bawa perancis ke peringkat 16 terbaik

Bisa Mbappe bawa perancis ke peringkat 16 terbaik

DUA Gol penyerang Perancis, Kylian Mbappe pastikan skuad Les Blues mara ke peringkat 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas membenam Sweden 3-0 dalam aksi di Stadium New Jersey, awal pagi tadi-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EAST RUTHERFORD: Kylian Mbappe sekali lagi membuktikan statusnya sebagai bintang utama Perancis apabila meledak dua gol untuk membantu juara dunia itu menewaskan Sweden 3-0 pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik.

Kemenangan itu memastikan Perancis mengekalkan rekod sempurna dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan dan bakal berdepan Paraguay bagi merebut tempat ke suku akhir.

Mbappe memecah kebuntuan tepat sebelum rehat pada minit ke-45 apabila melakukan larian deras dari sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan padu yang gagal diselamatkan penjaga gol Sweden.

Perancis terus menguasai permainan sebaik babak kedua bersambung dan menggandakan kelebihan pada minit ke-53 menerusi Bradley Barcola.

Gol itu berpunca daripada gerakan kemas Michael Olise yang melorongkan hantaran tepat kepada Barcola sebelum penyerang itu melepaskan rembatan kencang ke penjuru atas gawang.

Mbappe kemudian melengkapkan kemenangan bergaya Les Bleus pada minit ke-74 apabila menyambut satu lagi hantaran berkualiti Olise, melepasi perangkap ofsaid sebelum tenang menewaskan penjaga gol lawan.

Dua jaringan itu menyaksikan Mbappe kini mengumpul 18 gol dalam 18 penampilan di pentas Piala Dunia, termasuk 10 gol pada aksi peringkat kalah mati, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara pemain paling berbisa dalam sejarah kejohanan tersebut.

Dengan momentum kemenangan yang semakin memuncak, Perancis kini dilihat berada pada landasan terbaik untuk meneruskan cabaran memburu kejuaraan dunia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN